Monday, September 9, 2013

Pengambilan Pelatih sesi Julai 2013

Giatmara mengalu-alukan bagi seluruh warganegara Malaysia untuk menyertai kursus yang disediakan oleh GIATMARA Parit..Tidak memerlukan pengalaman,.


Syarat-syarat untuk menyertai kursus yang disediakan-

1. Pemohon  perlu berumur 15 tahun ke atas
2. Pemohon perlu mengetahui 3 M, iaitu:
    -membaca
    -menulis
    -mengira

Kursus-kursus yang ditawarkan di GIATMARA Parit



Senarai Kursus di GIATMARA

Senarai Kursus yang ada disediakan oleh pihak GIATMARA di Malaysia~


Latar Belakang GIATMARA

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.
Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.


Visi
Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.


Misi
Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.


Objektif
  • Melahirkan tenaga mahir negara
  • Mewujudkan usahawan
  • Membantu membasmi kemiskinan

PENSIJILAN

Persijilan


Antara sijil-sijil yang ditawarkan oleh GIATMARA adalah:
  • Sijil Profesional GIATMARA
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil Modular GIATMARA
  • Sijil Teknologi GIATMARA
  • Sijil Kehadiran GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
  • Sijil Profesional GIATMARA
  • Sijil Perantisan GIATMARA

Antara Persijilan Industri yang ditawarkan di GIATMARA adalah:


  • Elektrikal
    • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1) 
  • Komputer
    • CISCO Certified Network Associate (CCNA) Level 1
  •  Kimpalan & Fabrikasi Logam
    • Persijilan Profesional Antarabangsa 3G/6G SMAW Level 3 Endorsement daripada CSWIP dan Bereau Veritas
    Semua sijil yang ditawarkan adalah tertakluk kepada jenis latihan yang diambil dan ditawarkan di pusat latihan terpilih sahaja.



      Elektronik Audio Visual(09)

      Menawarkan pengajian yang berkaitan dengan elektronik audio visual. pembelajaran mengenai cara-cara pembaikan dan pemasangan peralatan elektrik.. Pengalaman tidak diperlukan kerana kita akan diajar satu persatu. Apa yang penting kita cuma perlu mengetahui 3M- membaca, menulis, dan mengira. 



      Kursus Confectionery and Bakery(CNB24)

      Menawarkan pengajian asas cara-cara pembuatan kek, kuih, roti, dan sebagainya. Pengalaman tidak diperlukan kerana kita akan diajar satu persatu. Apa yang penting kita cuma perlu mengetahui 3M- membaca, menulis, dan mengira. 





      Kursus Teknologi Sistem Komputer(TSK15)

      Menawarkan pengajian asas pengendalian sistem komputer dari bahagian perisian sehinggalah ke bahagian pemasangan komputer. Pengalaman tidak diperlukan kerana kita akan diajar satu persatu. Apa yang penting kita cuma perlu mengetahui 3M- membaca, menulis, dan mengira. 

      Pengajian dijalankan selama 6 bulan yang bermula pada sesi Januari ataupun sesi Julai.